Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Imam Akbar Syeikh al-Azhar, Dr. Ahmad al-Tayyib menegaskan umat Islam Sunni adalah bersaudara dengan umat Islam dari golongan Syiah.
“Sunni dan syiah adalah saudara,” jelas Sheikh Al-Tayyib ketika diminta memberilkan pandangannya oleh Dirjen Bimas Islam Machasin berkenaan dengan isu Sunni dan Syiah ketika pertemuan di pejabat Majelis Ulama Indonesia (MUI), Jakarta, Isnin (22/02). Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Menteri Agama Lukman Hakim Saifuddin serta sejumlah ulama dan tokoh cendekiawan muslim.
Menurut Sheikh Ahmad Tayyib, Islam mempunyai definisi yang jelas. Iaitu, bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad utusan Allah, menegakkan salat, berpuasa, berzakat, dan beribadah haji bagi yang mampu. “Mereka yang melaksanakan lima hal pokok ini maka dia muslim. Kecuali mereka yang mendustakan,” tegasnya.
Sheikh turut menilai bahawa tidak ada masalah prinsip yang menyebabkan kaum Syiah keluar dari Islam. Bahkan, banyak ajaran Syiah yang dekat dengan pemahaman Sunni. Perbezaan antara Sunni dan Syiah dalam pandangan Sheikh Ahmad hanyalah pada masalah imamiah. “Syiah mengatakan imamiah sebahagian dari Ushuluddin, kita mengatakan sebagai masalah furu’,” terangnya.
“Kalau kita membaca kitab-kitab Syiah yang lama, mereka secara umum menghormati para sahabat,” tambahnya lagi.
Bersama Majelis Hukama Al Muslimin yang dipimpinnya, Syekh Al-Tayyib dijadualkan akan berada di Indonesia selama 6 hari dalam rangka memenuhi berbagai program. Pagi kelmarin, Sheikh diterima oleh Presiden Joko Widodo di Istana Negara.
Grand Syekh dijadualkan akan memberikan kuliah umum dan pertemuan dengan para alumni Al Azhar di Kampus UIN Syarif Hidayatullah Jakarta. Selain itu, beliau juga akan menerima penganugerahan gelaran doktor kehormatan dari UIN Maulana Malik Ibrahim (Maliki) Malang.
Di penghujung kunjungan di Indonesia, Sheikh dijadualkan berkunjung ke Ponorogo untuk mengadakan pertemuan dengan keluarga besar pondok moden Darussalam Gontor, sekaligus merasmikan perayaan 90 tahun pondok tersebut. Selain memberikan sambutan, Sheikh Ahmad Al-Tayyib juga akan merasmikan gedung Pascasarjana Universitas Darussalam Gontor. Ahmad Tayyib beserta rombongan dijadualkan akan kembali ke Mesir pada Jumat (26/02) pagi. - Kementerian Agama Republik Indonesia.